Friday 30 November 2012

MAPS untuk ANDROID Tanpa menggunakan WIFI!! download nih, mmg best!







Close




click pada cartoon android ijau yang comel untuk pergi ke halaman tersebut

selamat mendownload (^_^)

Tuesday 27 November 2012

Jaga android smartphone anda leklok k (^_^)

Close

KLIK Button Merah besAR YANG BERTULiS    *Click*

UNTUK PERGI KE HALAMAN ANDROID SECURE TERSEBUT, 

JAGA SMARTPHONE android Anda sebaik baiknya ok.  (^^0)


Senarai Lokasi Kamera AES MALAYSIA!!

Close
CLICK Butang Merah *Click*  untuk meninjau dimana Kamera AES tersebut!   Khas untuk pemandu yang bawa laju yang ingin mengelakkan saman (^_^)   
selamat Membaca


Berhati-Hati Bila Bercinta

click pada perkataan***CINTA*** untuk lihat benda yang yang mungkin terjadi pabila dilamun cinta -cintan nih. (~_~)

SELAMAT MEMBACA




Thursday 15 November 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi Dan Islam Tanpa Disedari

   Kita Sendiri Yang Hina Nabi Dan Islam Tanpa Disedari



Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.

Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat.

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?

Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.

Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!

Tuesday 13 November 2012

26 Objek Aneh Di Langit Hikmah Allah

Korang ingat tak hampir 20 tahun dahulu pada Oktober 1992, ade sekumpulan 200 orang pelajar dan guru-guru dari sekolah agama di Klang telah ramai-ramai, mendakwa, nampak gumpulan awan aneh di langit. Okay, the drilz can be seen below. Kejadian gumpalan awan aneh ini bukan perkara baru, aku rase ramai yang dah tau pasal bende tu. ia boleh jadi sesuatu yang kebetulan dan juga kita sebagai orang Islam pikir , itu ada kuasa Allah untuk menujukkan kepada manusia akhir zaman yang dah banyak menyimpang dari jalan yang benar.
Ok fine, tapi pembentukan awan-awan ini memang sangat pelik. Terlalu pelik, ia bangaikan satu novel yang mempunyai bab-bab dari saat manusia lahir hinggalah seksaan di akhirat. Saya tak cakap bende ini tak mungkin berlaku, tapi tak juga nafikan yang perkara ini boleh di tipukan. Betul tak? So di atas ini adalah bentuk-bentuk awan yang terbentuk yang mereka dakwa dorang nampak la. Aku teringat time aku baru darjah 1 memang takut gile kan bile bebende ni jadi. Banyak bende yang berlaku di Klang terjadi lepas tu, bukan bende aneh tapi orang-orang yang betapa taksub nya dengan bendealah ini, sehinggakan Mufti Selangor pun siap buat sidang media untuk memberitahu perkara ini. Apa yang aku bace few weeks ago:- Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992. Ada gambar-gambar awan aneh ini dijual dan pihak ambil kesempatan Ada yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam!! gile ke ape sampai ke sini ramalan mereka. Kutipan derma kilat dibuat untuk membuat 3 buah kapal besar!!! Whatt theeee!!!! Dan mereka yang terpengaruh dengan cerita ini telah berjaya menyiapkan 3 buat kapal.. (need citation) Akhirnya, Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan Keratan Berita 1992 Mengenai Objek Aneh Dari Langit So apa pendapat korang, maksud aku, betul ke perkara ini bebetul bebetul berlaku? kalau ada sesapa sini yang bebetul nampak bende ini sila tampil berikan penjelasan!! Kerana aku masih boleh accept the fact that this really happened.

Saturday 10 November 2012

Haram Makan Roti Telur Dan Murtabak?.Baca Info Ini

Assalamualaikum, mesti ramai yang suka makan roti canai telur dan murtabak ni kan? yaa, memang sedap.. terutamanya makan masa tengah panas- panas lagi.. perrhh, memang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.. haha Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ni? haa, kenapa haram pula? meh baca ni,dipetik dari facebook seorang teman Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak. Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram. Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni). Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam 

 P/s: sekadar peringatan sesama kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah selalu sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain yang belum tahu ye
Wide Eye Onion Kun