Thursday 25 April 2013

Lelaki Gila cuba KuNYAH mUKA seORAng Wanita.!!


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu.











Saturday 9 March 2013

Wahai Wanita, Hati-Hatilah dengan SMS sebegini... reminder. (~_~)

click pada perkataan***SMILEY*** untuk lihat jenis2 AYAT-AYAT pukau tersebut, hati-hati lah wahai KAUM HAWA sekalian tak kire agama atau bangsa.

                                                                       
                                                                    

Sunday 10 February 2013

Patutkah Pelajar Terlibat Dalam Politik??

click pada perkataan***MALAYSIA*** untuk lihat pendapat Kerajaan. Munasabah tak?? (^_^)


Wajarkah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Diberi Ruang Untuk Menyertai Bidang Politik Negara???



Pada pendapat saya, ia tidak patut  kerana fokus pelajar adalah untuk menimba ilmu dan bukan  berpolitik. Tidak salah untuk pelajar mengikuti perkembangan semasa namun untuk turut serta adalah tidak perlu kerana ia akan menggangu sistem pembelajaran pelajar itu sendiri kerana terpengaruh dengan politik yang diceburi.

Apa PENDAPAT korang yang baca komen Blog aku nih??


Wide Eye Onion Kun