Tuesday 31 July 2012

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki


Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
 Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.


Al-Quran menyebut:
“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” –(Surah al-Baqarah: 35-36)
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.






Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” – (Riwayat Muslim)
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.







Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” –(Riwayat Muslim)
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” –(Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” –(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

(TENGOK nih! ) HUkuman BuNUH uNTUK bAYI kEMBAR

Mungkin satu kisah yang amat menyedihkan apabila bayi yang dilahirkan kembar,hanya seorang sahaja dibenarkan hidup.


Bunuh Bayi Kembar Di China Kejam Hukuman Mati Campak Buang


Apapun itu adalah pekara biasa yang termaktub dalam undang undang negara china dimana setiap bayi kembar sama ada dua atau lebih hanya seorang bakal dipelihara oleh ibunya,manakala selebihnya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China.

Sejak kebijakan 'Satu Keluarga Satu Anak' berlaku pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi (Tabut)


Gambaran tabut oleh Yahudi
Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248
Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut.


Telah jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.
Terdapat dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut.
Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan
Tabut pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka.

Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.
Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit 3200 tahun.
Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood
Kesannya
Setengah daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.
Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.
eti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
Pencarian masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.
Di Bawah Masjid Al-Aqsa

Monday 30 July 2012

(WAJIB TAHU ! ) RaHsia KaaBah, KiBLAT uMAT iSLAM (^_^)


RAHSIA KA'BAH YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI









1. Makkah ialah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.




2. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.




3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.




4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ ialah tempat gema atau ruang dan masa serentak.




5. Apa yang diniatkan di hati ialah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.




6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Ka'bah.




7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Ka'bah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Ka'bah kerana tekanan graviti yang tinggi.




8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjid al-Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.




9. Ka'bah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar, dan tempat yang paling dirahmati.




10. Tidur dengan posisi menghadap Ka'bah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.




11. Pergerakan mengelilingi Ka'bah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.




12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'bah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Makkah sentiasa bertenaga, sihat, dan panjang umur.




13. Manakala bilangan tujuh itu ialah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.




14. Larangan memakai topi, songkok, atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Ka'bah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.




15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahallul. Tujuannya  adalah untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan diterima oleh tubuh.


Bila Baby DIberi bENDA mASAM (^_^)

Comel lak.! hahahah!







                                     




                                      



                                        


       




  HAHAHAHAHA!! comel jek dorg, tpi jahat weh wat cmni kat budak2 kecik. . (~_~)

Saturday 28 July 2012

(MESTI TENGOK ! ) Video Perkahwinan Muda Syafiq Dan Yana

Video Perkahwinan Muda Syafiq Dan Yana Cetus Kontroversi





Video yang baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai 2012 sudah pun mencecah ribuan tontonan dilaman tersebut. Ramai yang memberikan pandangan negatif terhadap perkahwinan muda ini. Lagipun, mereka masih lagi bersekolah dan agak sukar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.






Video youtube Majlis Perkahwinan remaja muda Syafiq 
dan Yana telah cetus kontroversi. Syafiq yang baru 
berusia 16 tahun telah kahwin dengan yana berumur 14 tahun. Ini merupakan suatu fenomena yang agak luar biasa sekarang ni. Apa yang menarik, video kahwin mereka yang baru diupload di laman youtube telah mendapat perhatian yang begitu serius. Terdapat pelbagai komen dan reaksi terhadap perkahwinan di usia yang pra matang ni. Menurut sumber, majlis pernikahan ni berlangsung di sebuah Felda di Pahang. Perkahwinan begitu  meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.






KEbAikan kahwin mUdA (^_^)


1. Terjauh dari pelbagai maksiat yang jauh lebih besar seperti membawa kepada zina.

2. Lalai dan leka dengan menghabiskan masa tanpa arah tujuan dengan hanya keluar bersama-sama menambahkan lagi dosa yang sudah tersedia banyak.

3. Merugikan wang. Wang yang dihabiskan untuk perbelanjaan ketika keluar bersiar-siar jika manafaat kepada sesuatu yang lebih elok,alangkah bagus.

4. Kesetiaan sebenar tiada sebelum kahwin. Kesetiaan sebenar adalah selepas kahwin. Lihat saja yang sudah hamil luar nikah, mana perginya `jantan-jantan` yang sebelum zina, mulut lebih manis dari gula?

Inilah hakikat sebenar kehidupan dunia. Cubaan datang berganda bukan kerana kita malang....tapi kerana sememangnya dunia ini ujian. Ujian bagi mereka yang dicintai.

Semoga kita terus bahagia sayang! Amin (^_^)


 

Wide Eye Onion Kun